Hi, . . . jumpa lagi. Di post yang lalu saya ada cerita pasal 3 perisian yang boleh membantu kita membuat follow secara biasa dengan mudah. Saya fikir sudah ada yang mencuba menggunakannya. Bagaimana . . . mudahkan sikit kerja kita. Nasihat saya jangan membuat follow terlampau banyak sekali. Ini mudah untuk kita mengawal akaun Twitter kita.
Kali ini kita bincang pula perisian yang boleh membantu kita membuat unfollow tweeple Twitter pula secara biasa. Dulu kita follow tweeple Twitter, mungkin dengan niche yang kita pilih atau sesiapa saja tanpa mengikut niche. Sesiapa saja yang kita follow di Twitter, tentu saja kita berharap mereka follow kita balik. Bagaimana pula mereka tidak follow kita balik dalam masa tertentu, contohnya dalam masa 14 hari. Tentu ada masalah, seperti mereka tidak aktif atau pun akaun ” touch n go”. Sudah tentu kalau kita tweet tidak ada orang akan baca tweet kita. Apa guna tweet kalau tiada orang akan baca.
Kalau kita buat unfollow tweeple Twitter di akaun kita saja pun boleh. Kita Klik pada “following”, tertera senarai tweeple Twitter yang kita ikut. Klik saja pada button yang berwarna hijau kalau nak buat unfollow, mudahkan. Tetapi masalanya kita tidak tahu siapa tweeple Twitter yang follow kita. Kesian juga, dia follow kita, kita unfollow dia pula, yang tidak berkenaan tiada masalah. Kita nak “win win situation”.
Kita bincang perisian yang boleh menolong membuat tugasan ini. Tak perlu banyak perisian kita gunakan 1 sudah cukup. Kita cerita 3 perisian, masing-masing ada keistimewaan sendiri. Atau pun boleh cari di carian internet. Yang berbayar lain cerita. kita cerita yang percuma.
Just unfollow
Sempena namanya saja kita sudah tahu apa kegunaan perisian ini. Mesra pengguna. Login menggunakan akaun Twitter kita saja. Lepas itu di muka laman ada 2 pilihan, “show non followers” atau “show fans” . Kita kliklah pada Show non followers”. Kita akan lihat senarai serta photo tweeple Twitter yang kita follow tetapi mereka tidak follow kita balik. Lepas tu . . . buatlah apa yang patut.
Tetapi kita dibenarkan klik unfollow hanya 100 orang saja sehari. Nak lebih, kena bayarlah bro . . . bisnes. Saya fikir 100 orang sehari pun sudah cukup.
Do you follow
Perisian ini juga mesra pengguna. Login dengan akaun Twitter saja. Tunggu sekejap, imbasan akaun kita dilakukan. Apabila selesai. Ianya akan memberi status akaun Twitter kita dan dibawanya ada senarai pengiat Twitter tanpa photo yang tidak follow kita. Klik semua mengunakan butang ”select all” atau pun kita boleh pilih satu persatu. Lepas itu klik “submit”. Selesai.
Kita boleh melakukan pekara ini berulang kali. Sementara perisian ini sedang buat kerja amal dia, bolehlah kita layan laman-laman lain atau pun layan akauan Twitter kita.
Untwitted
Ini lagi salah satu perisian paling mudah digunakan. Seperti kata orang tak banyak cakap. Mesra pengguna juga. Hanya login guna akaun kita. Lepas itu tunggu . . . . . selesai. Tiada nak buka cerita baru, . . . tup . . .tup . selesai. hisss . . . mudahnya.
Itu saja cerita kita pada kali ini. 3 perisian yang boleh kita gunakan untuk unfollow tweeple yang tak follow kita. Saya rasa cukup tu. Di lain masa kita bincang pula perisian separa otomatik yang boleh lakukan follow dan unfollow.















That isnhigt’s just what I’ve been looking for. Thanks!